Manaqib Habib Ahmad bin Alwi Al-Haddad (Habib Kuncung)
![Gambar](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhmeJ2ETJPZ_3z-cAMy89GaOBik0Ho6-mPvg36I61H9yo41ibudWEI3SxgXmlZTs2ZfyNN-e1HMe_i9JTqYHNl2z3wGYHaJuYbaBOs57yF6rQaHFkj2yKXruhiBoO4m_Oub9VXwa6ljg/s1600/2.jpg)
Al-Habib Ahmad Bin Alwi Al-Haddad, HABIB KUNCUNG Beliau adalah al-Habib Ahmad bin Alwi al-Haddad, dilahirkan di Kota Ghurfah, Tarim, Hadhramaut tanggal 26 Sya'baan 1254H. Selain ayahandanya, guru-guru beliau, antaranya, adalah Habib `Ali bin Husain al-Hadar, Habib `Abdur Rahman bin `Abdullah al-Habsyi dan Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Athtas (Habib Keramat Empang, Bogor) . Oleh gurunya, Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Aththas, beliau dipanggil dengan panggilan "Habib Kuncung" kerana kopiah kuncung yang selalu dipakainya. Maka terkenallah beliau dengan gelaran tersebut. Habib Kuncung amat mencintai para guru beliau. Dengan Habib `Abdullah Keramat Empang, beliau memiliki hubungan yang cukup akrab bak anak dengan ayah. Bahkan di mana pun ada Habib `Abdullah, pasti di situ ada Habib Kuncung. Hubungan ini berterusan sehinggalah gurunya ini wafat. Habib Kuncung pada asalnya menjalankan perniagaan dan berjaya menjadi seorang pedagang yang berjaya sehingga memiliki harta di S...